Saturday, April 27, 2019

Teh bunga talang

BUNGA TELANG @ BUNGA NASI KERABU
.
Ada 2 jenis - berlapis & tak berlapis 
.
Bunga telang selain dijadikan sebagai pewarna semula jadi Rupanya mempunyai pelbagai khasiat...
Anda perlu tanam sepokok di rumah..
.
Antara khasiat bunga telang :-
🥀menyuburkan rambut
🥀mengurangkan sakit kepala 
🥀merawat ulser mulut
🥀mengatasi stress
🥀sebagai detox
🥀mencuci darah
🥀mengatasi cirit birit 
🥀mengubati batuk 
🥀mencuci darah
🥀mengatasi sembelit
🥀mengecutkan jerawat
🥀menguatkan daya ingatan 
🥀bagus untuk pesakit kencing manis & darah tinggi 
🥀untuk awet muda
.
Akar, daun dan bunga pokok telang mempunyai khasiat dan manfaat nya 
.







Berdasarkan pembacaan saya, teh bunga telang baik untuk kesihatan rambut, mata, kesihatan sistem reproduktif wanita dan pelbagai lagi khasiat. Telang juga dikatakan dapat menghilangkan jerawat dan mampu membantu mengatasi masalah insomnia. Banyak bahan bacaan dapat Internet yang membincangkan khasiat telang cuma sejauh mana betulnya tidak dapat dipastikan. 


Meningkatkan kewanitaan

Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita.


2. Mengecutkan jerawat

Ambil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.

3. Melebat dan menghitamkan rambut
Kacang telang dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.


4. Sebagai detox
Teh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.

5. Mengurangkan sakit kepala
Selain melebat dan menhitamkan rambut, daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.

6.Mencuci Darah
Darah kotor merupakan salah satu penyebab yang boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti bisul. Rebusan Air bunga telang sangat baik untuk diamalkan kerana ia mampu mencuci darah.

7. Mengatasi cirit-birit
Air rebusan bunga telang boleh merawat cirit-birit.

8. Mengatasi sembelit
Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah sembelit. Minum air serbuk biji kacang telang apabila anda sembelit.

9. Membuka selera makan
Jika anda mempunyai masalah kurang selera makan, jadikan bunga telang sebagai ulam untuk makan bersama nasi. Ia akan membuka selera makan anda.

10. Merawat ulser mulut
Jika anda mengalami ulser mulut, rendam bunga dan kacang telang  air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.

Sumber dari
https://www.bidadari.my/khasiat-bunga-telang/